Tuesday, February 22, 2011

Sabarlah Makcho!!

Dalam seingat aku, alhamdulillah takde berlaku dalam keluarga besar aku, samada di sebelah mak aku, atau abah aku terjadi peristiwa yg boleh dianggap kes polis. Maksud aku kes jenayah. setakat kene tahan pasal kes trafik mungkin terjadi. Tp apa yang berlaku dalam famili aku dua hari lepas, iaitu ahad 20 feb 2011 betul2 mengejutkan aku. Makcho, adik mak aku yang no. 4 (selepas mak aku,Ayah Ngah, Mak Yang, pastu la Makcho) diugut dengan pisau oleh suaminya sendiri. selepas tu, makcho aku dihalau dari rumah. utk nota, rumah dia ni kat penang tu, padahal sedara mara banyak di Ipoh dan seorang (Mak Yang) di Melaka.

Nak dimulakan cerita, pagi ahad yang sepatutnya aku bangun lewat, pakcik aku telepon bgtau mak aku yang makcho dah lari dari rumah sbb dikejar oleh suaminya. so, masa tu dia lari la ke rumah makcik Yah, kenalan mak aku juga (nanti aku cerita, camna aku kenal makcik Yah ni, salah seorang pengasuh aku). so, strategi mula diatur. di rumah aku, pakcik dtg untuk mula bincang dgn mak aku. org yang mula2 mak aku telepon mesti la adik lelaki plg tua iaitu Ayah Ngah aku. tp dia sibuk la pulak. mula2 tu taknak kecoh2 sangat. kalau boleh taknak bagitau opah aku, takut die risau. tapi last2 mak aku bgtau jugak kt opah aku. tak pyh cakap la macammana punya kelam kabut. terus call paksu aku pulak. kebetulan dia mmg ada dkt kuala gula, nak cari ketam kulit lembut (sbb malam sebelumnya, cite psl ketam ni masuk majalah 3). so pakat2 la, pakcik aku, mak aku, dan opah aku nak ke penang, berjanji dgn paksu untuk jumpa terus di sana.

Ptg tu, lepas mak aku pergi sekolah adik kt Ta'ayah, terus dorang gerak ke penang, kira2 kul 4. plan yang pertama nak buat report polis psl insiden tu, lps tu bincang dgn makcho, samada nak balik ke ipoh atau lepak penang dulu. bincang punya bincang, dorang putuskan nak bawak balik makcho ke ipoh, demi keselamatan. nyawa beb, jangan dibuat main. sampai je kat umah aku, dah kul 2 pg. aku pulak yg susah tido time tu..haha..

isnin aku decide taknak pg kerja. selain ngantuk sebab tido lambat, aku risau kalau2 aku diperlukan untuk kes makcho aku ni..nak bwk pg mana2 ke, kira mcm on-call la aku ni..hihi.. lgpon dapat la aku bermesra2 dgn kete waja aku yang dah lama tak dibelai tu..bawak servis lebih kurang, tukar window board, pastu buat alignment. sepanjang hari tu, ntah bape puluh kali makcho aku menangis. ok, biar aku buat sesi pengakuan : aku lemah kalau bab2 menangis ni~~aku jadi kelu, terdiam, pastu tak tau nak buat ape..harap2 nanti jgn la bini aku kuat merajuk..aku tak pandai pujuk..makcho aku tu, byk menangis sbb duk teringat kt anak angkat dia yg dia jaga dari kecik, ikram..kira sepupu aku la jugak..xpernah aku sedara-mara anggap ikram ni bukan sepupu kami..

Selasa, mak aku, makcho, Ayah Ngah, dan paksu aku pergi ke penang. tujuan, nak pergi mahkamah syariah, bincang jalan penyelesaian dsb. akuy tak ambik tahu sgt, cuma ape yang aku boleh tolong di rumah ni, aku tolong. baru ni je, dkt kul 12 ni baru dorang balik. makcho aku nampak ok je. takde sedih2 macam sebelum ni..harap2 ade la penyelesaian terbaik dicapai.

Semoga tabah makcho~

Kepada semua laki2 di luar sana, jgn la tunjuk samseng dgn insan yg lemah, bawak mengucap. jika ada masalah, selesaikan melalui jalan yang betul. takde masalah terlalu berat untuk diselesaikan. mmg pantang aku, lelaki yang pukul wanita. kalau ambik contoh abah aku dulu, mmg tak pernah sekali pon abah pukul mak..kalau marah macam mana sekalipon abah sabar je..

Org cakap, " if you marry right person, sure one is more than enough"

p/s: teringat arwah abah, semoga rohnya dicucuri Rahmat.

No comments:

Post a Comment