Tuesday, February 1, 2011

Mesir dan Revolusi Jasmine.

Salam,

Revolusi Jasmine bermula di Tunisia. akibat dari desakan dan kekangan ekonomi yg mengcengkam rakyat tunisia, mereka bangkit berdemonstrasi selama kira2 sebulan sebelum akhirnya berjaya menyebabkan presiden Zein al abidin ben ali pergi meninggalkan tunisia dgn kehinaan. akibatnya, pemerintahan ditinggal kpd kroni2 lama beliau. seluruh keluarga beliau juga sudah lari ke luar negara termasuk isteri beliau yg mmg terkenal seorg yg boros.



Tapi dalam "jasmine revolution" hanyalah permulaan, landskap politik di tunisia tidak begitu mencorakkan geo-politik serantau. mmg revolusi ini memberi aspirasi kpd negara arab yg lain, tetapi jika benar kesan revolusi mahu dinilai, maka Mesir adalah tempat yg paling penting.



kenapa mesir penting?

1. melihat kepada kedudukan geografi di tengah atau pusat pentadbiran kesatuan Arab. mesir dilihat anchor dalam kesatuan liga arab. bahkan setiausaha agungnya pun dari mesir iaitu amr moussa. kedudukan geografi juga dilihat dari aspek kawalan kpd terusan suez yg merupakan salah satu terusan terpenting dalam dunia kini. ia penghubung eropah dan asia. penilaian geografi mesti tidak tertinggal fakta bahawa mesir merupakan negara yang paling ramai penduduk dlm kalangan negara arab. ini menjadikan mereka sbg satu tumpuan ekonomi dan politik

2. hubungan dengan Amerika dan Israel. sebagaimana yang diketahui umum, mesir merupakan sekutu kuat amerika selama bertahun2 dalam kempen anti keganasan, bahkan bermula sejak tahun 70an lagi. sekutu dalam erti kata, bantuan ketenteraan, penggunaan ruang udara dan darat, latihan bersama, dan juga perkongsian maklumat perisikan. Amerika perlu kpd sokongan kerajaan korup mesir sebab, mereka nak kawal pergerakan islam terbesar di dunia, iaitu ikhwanul muslimin. alasan yang sama digunakan di tunisia, apabila perancis bertahun2 menyokong rejim ben ali semata2 untuk melumpuhkan gerakan islam di tunisia walaupun kedua2 amerika dan perancis sedar yang mereka terpaksa menyokong rejim yang zalim. bukankah ini kehinaan kepada demokrasi yang mereka sendiri laungkan.?!!hak tuih!dari segi israel juga, mesir selama ini berkerjasama dgn israel menjadikan gaza sebagai penjara terbesar di dunia. walaupun ditentang hebat oleh dunia, ttp mereka buat bodoh je..bodoh punye hosni mubarak..pengkhianat agama.!

3. kewujudan ikhwanul muslimin tu sendiri merupakan faktor yang memberi impak besar kpd kesan revolusi ini sendiri. pertubuhan politik islam terbesar di dunia ni, diasas oleh as-syahid dr hassan al-banna, menpunyai jalinan politik, ekonomi, sosial dan NGO yang tersusun di mesir dan kebanyakan negara arab. kewujudan mereka dirasai biarpun diharamkan kerajaan mesir sendiri. bahkan dalam pilihanraya mesir, wakil mereka berjaya di beberapa kawasan bertanding sbg wakil bebas. adalah dipercayai mereka mempunyai sokongan yg plg majoriti jika pilihanraya sebenar dijalankan. (pilihanraya mesir adalah cuma alat, menjadi rahsia umum pilihanraya mesir adalah pilihanraya yg korup). kejayaan di mesir, menjadikan ikhwan akan mula menjalankan aktiviti politik dgn lebih giat lagi, dan ini mencetuskan teori domino yg dibimbangi itu.

itu ulasan ringkas aku. pada saat artikel ni ditulis, revolusi masuk hari ke 7, dan perarakan 1 juta umat akan dirancang pada selasa untuk mempergiatkan lagi usaha menggulingkan hosni mubarak. keadaan agak kecoh di sana, ramai pelajar malaysia yg terperangkap. semoga selamat semuanya.

p/s: marah dengan kelembapan najib menangani isu ni..aku percaya kalau mahathir yg jd PM, die mesti suruh pesawat tentera kita, Hercules C-130 pergi bawak pulang student dan rakyat malaysia di sana.

No comments:

Post a Comment