Monday, September 7, 2009

Macam Lembu...

5 hb 09 yg lepas berlangsung sesi dialog antara kerajaan negeri Selangor dgn penduduk Seksyen 23. tapi apa yg diharapkan menjadi sesi menyelesaikan masalah menjadi sebaliknya. penduduk dah macam kene rasuk, mengejek dan mengeluar kata2 kesat kepada ahli panel, diketuai MB (yg sah) dato Khalid Ibrahim, MP Shah Alam, Khalid Samad, dan adun batu tiga, Rodziah Ismail. Aku melihat rakaman sesi dialog tersebut dlm youtube dengan perasaan yg jelik dan menyampah. mengapa masih wujud orang yg meletakkan akal yg Allah beri dlm poketnya (atau tertinggal di rumah!?), dan membiarkan diri dikuasai syaitan? mengapa emosi yg sepatutnya dikawal bertindak mengawal tingkah dan laku penduduk di situ.?kesudahan sesi itu berakhir tanpa apa2 penyelesaian konkrit disebabkan kekecohan yg timbul. tak pasti samada memang ini niat asal mereka yg hadir.
mungkin lebih baik aku flashback macam mana sesi dialog ni diadakan..semua bermula lepas satu sembahyang jumaat dalam minggu pertama Ramadhan. sekumpulan NGO mengaku mewakili penduduk sek 23 berarak dr masjid negeri menuju ke bangunan SUK bg membantah kuil yg akan dipindahkan ke sek 23 dr sek 19. tidak ada apa yg luar biasa setakat ini. Sebab aku mmg bersetuju dgn kebeasan bersuara. ini malaysia,negara demokrasi, siapa2 berhak memberi pendapat walaupun yg majoriti yg akan perintah negara. ini biasa. cuma yg tak biasa ialah provokasi terhadap agama hindu dlm demonstrasi tu. ntah sape juhalak-juhalak yg bawak kepala lembu yg masih berdarah untuk menunjukkan protes kpd pembinaan kuil tersebut. seperti hilang akal, puak2 ni berarak sambil melaung2 slogan anti kerajaan PR selangor dan anti hindu dan takbir (dulu marah org takbir, skrg dia pun takbir, baguslah kembali kpd fitrah.). Lebih menyedihkan, puak2 ni memijak dan meludah kepala lembu tersebut sebelum meninggalkan kepala lembu tu depan bangunan SUK. dalam keadaan mereka sedar yg lembu dianggap suci oleh penganut Hindu, mereka dengan sengaja melakukan perbuatan tersebut. apa motif sebenar mereka susah nak dipastikan, tp yg boleh ditekakan tentulah untuk membangkitkan sentimen melayu ekstrim di kalangan masyarakat melayu di Selangor. mengapa aku kata sentimen melayu, bukan sentimen islam ialah semudah islam tidak pernah mengajar penganutnya mencerca agama lain. ia berdasarkan nas yg qat'ie atau jelas dalam al-quran. bahkan Rasulullah sgt menjaga toleransi agama semasa baginda menjadi pemimpin. misalnya ketika di madinah, baginda membenarkan semua agama yg sedia wujud di madinah ketika itu diamalkan seperti biasa seperti tercatat dgn jelas dalam Piagam Madinah. amalan Rasulullah ini diteruskan leh para sahabah dan kesultanan Islam selepasnya seperti Kesultanan uthmaniyyah atau Ottoman yg menjarah bumi sepanyol. agama kristian bebas diamalkan, gereja dibiarkan menjadi pusat aktiviti keagamaan kristian, melainkan dalam beberapa kes gereja ditukar menjadi masjid..bahkan beberapa daripada aturan perang bg muslim ialah, jgn bunuh paderi atau rahib, jgn merosakkan gereja atau kuil dan jgn membunuh sesiapa yg bersembunyi dlm rumah ibadat tersebut.!lihat bagaimana Rasulullah mengajar kita erti toleransi, yg pd akhirnya menyebabkan Islam dipandang tinggi, dan tak kurang juga yg memeluk Islam lantaran tertarik dgn keindahan islam. mengapa kita tidak menyemak sirah2 rasullullah, atau bertanya kepada alim ulama tentang aturan adab ketika demonstrasi, atau mengambil pengajaran dr al-quran tentang hubungan antara agama sebelum turun ke jalan raya dan membasahkan bumi selangor dengan darah lembu yg tidak perlu? jawablah dgn hati nuranimu, apakah kamu mengerti tindakan kamu itu menyebabkan islam dihina atau dipandang hina? atau kamu mmg jahil murakkab yg mmg bebal dan sombong pula ketika ditegur..
setiap muslim sebenarnya adalah duta kepada agamanya. diri mereka cerminan kpd islam secara amnya, terutama kpd mereka yg asing dgn islam. oleh itu, JANGANLAH MENCEMARKAN AGAMA ISLAM DENGAN KEBODOHAN SENDIRI, BELAJARLAH UNTUK BELAJAR TENTANG ISLAM SEBELUM BERTINDAK ATAS NAMA ISLAM.

Tuesday, September 1, 2009

aduh...

memang aku terkilan sungguh sebab jarang dapat peluang nak update entry2 terbaru aku dalam blog ni. Kadang2 terfikir patut ke aku teruskan blog ni kalau nak masuk 1 cerita baru seminggu sekali pun susah,?
Tp sebenarnye, bukan aku taknak update cuma masa dan kelengkapan yang terbatas. kalau hari kerja, aku berada di manjung, sana aku takde laptop,desktop pulak rosak belum dibaiki lagi. itu la masalahnye. sebab aku kerja 8 jam sehari, ada lagi 16 jam utk aku buat kerja2 lain,tolak tidur dalam 6-7 jam. selalunya aku bace buku dan tgk tv. memang boring tp itu je a yg boleh aku buat. tak pun kalau ade duit pg merayau-rayau ke bandar manjung. lgpun sejak aku keje shift, selalu takde masa nak lepak ngan hausemate. hmmm...
bila balik rumah pulak ade 1 je line internet, selalu aku xdpt, sebab kongsi 7 org adik beradik plus mak dan abah kadang2.
aku berazam lepas ni nak repair desktp aku tu pastu install wireless connector. nanti hari-hari aku boleh update..haha
insyaAllah,gambate..

Friday, August 14, 2009

Janji yg Pasti.

Aku dlm perjalanan pulang dr Manjung pg td bile tiba2 radio Sinar fm memberitakan pemergian Ustaz Asri Ibrahim a.k.a Asri Rabbani bertemu dgn Allah S.W.T. Khabarnya beliau rebah sewaktu dlm show bersama RTM kira2 jam 11.30 pagi 13 Ogos 2009. Mungkin kerana sakit jantung. Sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia yg pernah tersentuh dgn suara lunaknya, ia khabar yg sedih buat aku. Lagu2 ustaz Asri menjadi halwa telinga aku hampir 20 tahun sejak dari kumpulan Nadamurni lagi sehingga sekarang bersama kumpulan Rabbani walaupun sebenarnya semua ahli Rabbani memang ahli kumpulan Nadamurni juga (kebanyakannya). Berapa banyak nasyid yg beliau alunkan aku tidak tahu, yg pasti mmg banyak. Dan setiap lagunya pasti ada nasihat untuk mengajak manusia agar kembali kpd Allah dan Islam. Semoga lagu2 beliau menjadi saham beliau yg berterusan menjana pahala ketika berada di alam baqa'.

Pemergian beliau bukanlah satu2nya kehilangan yg aku rasai. Antara kematian lain yg mengejut aku ialah ahli parlimen Bukit Gantang, Ust Roslan Shaharom dan ADUN Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abd Rahman. Hj Roslan bukan orang asing bg aku dan famili aku. Rumah beliau kira2 5km sahaja dr rumah aku. Bahkan beliau bekas YDP Pas Gopeng, kawasan Pas abah dan mak aku. Beliau selalu beli barang di kedai mak aku. Antara pesan beliau "selalu2 la beli barang di kedai org Islam". Manakala Hj Hamdan pula mengingatkan aku sewaktu aku tinggal di Penang dan Kedah dlm tahun 1995-2001. Sewaktu aku tinggal di Kepala Batas, abah selalu bawak pg sembahyang di markaz Pas negeri di Pongsu Seribu. Di sana la, selalu aku jumpa Hj Hamdan sebab rumah beliau cuma belakang markaz tu je. Beliau ketika itu ialah Pesuruhjaya Pas Penang, so peluang berjumpa org besar dlm Pas waktu tu mmg membanggakan aku (aku minat politik sejak kecil) walaupun sebenarnye takde makna pun sebab dalam Pas tiada protokol. Sesiapa bebas berjumpa Presiden Pas sekalipun orang tu takde pangkat ape pun. Kadang2 aku selalu pg ke Pongsu Seribu sebab nak pg rumah member kembar aku, Mustakim dan Muhaimin. Rupanya rumah membe aku tu sebelah je rumah Hj Hamdan. Tp yg paling best bile bulan Ramadhan, sembahyang Tarawikh di markaz mmg berbeza, ada tazkirah dan ade moreh makan nasi dalam talam (lauk mmg best, ayam percik atau gulai daging kaw). Sebab ade tazkirah tu menyebabkan abah dan mak mesti nak bertarawikh di markaz. Aku pun sama, tempat lain rasa tak seronok je). Hj Hamdan jarang bertazkirah di situ cuma kita boleh selalu berjumpa beliau disitu. Selalunya mesti ada nasihat yg disampaikan beliau kepada sesiapa yg beliau temui di situ. Bercakap tentang Hj Hamdan, mak aku ada sesuatu untuk dikenang tentang beliau. Sejurus selepas keputusan pilihanraya ke 10, dan Hj Hamdan diumumkan menang, mak aku cakap "inilah kali pertama mak undi dan menang, menang di dun dan parlimen pulak tu (Datin Azizah di Parlimen Permatang Pauh dan Hj Hamdan di DUN Permatang Pasir), sedangkan dah banyak kali mak undi tak menang, bile mak undi BN dulu2 di Lubuk Merbau pun kalah jugak kpd DAP walaupun masa tu Lubuk Merbau kubu kuat BN". Aku senyum sambil berfikir lawak jugak ni..

Mungkin kita bersedih dgn kematian org2 baik seperti mereka tp bagi orang yg soleh, kematian adalah sesuatu yg ditunggu dan dirindui kerana mereka percaya kepada janji Allah untuk mengganjarkan amal mereka dgn pahala dan syurga -Nya. Bg sesiapa yg belum menyedekahkan al fatihah, marilah sama2 kita berbuat demikian semoga roh mereka sentiasa dalam naungan rahmat Allah.

p/s: juga al-Fatihah untuk ulamak haraki ummat Islam, Dr. Fathi Yakan.

Thursday, August 13, 2009

Maka akhirnya....

Maka akhirnya secara rasminya, hari ini tanggal 13 Ogos 2009 aku berjaya memulakan blog aku sendiri. Sesuatu yg aku ingin buat lama dulu, mungkin 5 tahun dulu. Tapi tak pernah ada kekuatan untuk memulakan. Memang betul untuk memulakan sesuatu amat payah, dan bila dah mula harap-harapnya menjadi satu semangat untuk aku meneruskannya.

Tapi kenapa blog? ini persoalan pertama yg perlu aku jawab sebelum aku decide to start blog ni. sebab nk ikut orang ke atau untuk nampak cool? jawapan aku sebab aku suka komplen dan aku takde ruang untuk luahkannya. Aku suka baca blog orang lain, aku suke baca berita, aku suke tengok movie dan macam2 lagi, dan setiap kali aku buat semua benda tu mesti ade sesuatu yg aku nak komen. So, semua benda ni bermain dalam kepala otak aku sampai kadang2 aku jadi tak tenteram. Harap2 dgn adanya blog ni aku boleh lepaskan sedikit tekanan. Satu lagi blog ni aku buat untuk aku jadikan rekod peribadi aku sebagai bukti yg aku pernah tulis tentang sesuatu perkara. Mungkin juga sebagai jalan untuk aku bermuhasabah menjadi lebih baik bila aku refer balik entri2 aku yg lama. Mungkin.

Blog ni tiada fokus yang jelas tentang topik. Aku suka tentang semua perkara. Politik, sukan, agama, movie, muzik, dll semuanya aku mungkin akan masukkan dalam blog ni. mungkin juga tentang diri aku dan famili. Aku tak harap blog ni dibaca oleh terlalu ramai orang, mungkin kawan2 rapat sahaja sebab aku malas nak layan komen orang yg aku tak kenal (no offence). Tetapi kepada sesiapa yg terjumpa blog ni, anda sebenarnya dialu-alukan cuma mungkin aku tak boleh nak layan semua komen anda. Maaf andai terkasar bahasa.

Aku gagahkan diriku untuk pada jam 2:15 pg untuk tulis entri pertama aku ini. Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, aku bermula...