Menghargai nilai (value) seseorang bukan mengiktiraf yang value yang dipegang oleh dia adalah betul. menghargai bermaksud menerima dengan hati yang terbuka, dan bersedia untuk berkongsi baik buruk, halal haram, apa2 sahaja pendapat kita dengan seseorang.
Value.
Value ditakrifkan sebagai "broad preferences concerning appropriate courses of action or outcomes. As such, values reflect a person’s sense of right and wrong or what “ought” to be. “Equal rights for all” and “People should be treated with respect and dignity” are representative of values. Values tend to influence attitudes and behavior. For example, if you value equal rights for all and you go to work for an organization that treats its managers much better than it does its workers, you may form the attitude that the company is an unfair place to work; consequently, you may not produce well or may perhaps leave the company. It is likely that if the company had had a more egalitarian policy, your attitude and behaviors would have been more positive."
(rujukan wikipedia)
Relevannya dengan isu sekarang?
Sebab aku terfikir nak ulas bab ni, ialah sebab aku lihat ramai orang suka untuk menilai (baca; menghukum) value seseorang tanpa mengambil berat latar belakang yang memainkan peranan paling utama dalam mencorakkan value seseorang. contoh, seorang yang dibesarkan dalam suasana western, mempunyai value yang sama dengan seseorang yg dibesarkan di sekolah pondok. ini berlaku dalam pertembungan value agama. seseorang mungkin beranggapan bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah sesuatu yang normal, bila mana dalam masa yang sama seseorang yang lain akan berpegang bahawa ia adalah haram. aku bukan bercadang untuk berdebat tentang hukumnya, sebab hukum lebih baik berpegang kepada alim ulama (yang majoriti berkata,dalam kes ini, ia adalah haram melainkan dalam situasi yang tertentu), tetapi perlu untuk seseorang dai'e memulakan proses tarbiah dengan memahami value seseorang. ini contoh konflik dalam isu value agama.
serupa bila berhadapan konflik value dalam isu kenegaraan. seseorang yang dibesarkan sebagai seoarang askar akan mempunyai patriotisme yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. dia akan berdiri bila mendengar lagu Negaraku berkumandang, sedangkan orang lain hanya duduk sembang seolah tiada apa yang berlaku.
Kepentingan menghargai value seseorang.
Memahami value memudahkan untuk rasional dilontarkan, lantas mewujudkan persekitaran yang harmoni. perdebatan yang sihat akan berlaku jika kita tidak berprasangka, dan cuba untuk mendidik, bukan menghukum. betapa mudah dalam gerakan islam sekarang, sesetengah pihak mengambil jalan ringkas untuk berkonfrontasi dengan pihak yang tidak bersetuju dengan dia. lupakah kita, para nabi2 terdahulu, dan para ulama silam mengambil masa yang cukup panjang untuk berdakwah?sedangkan kita cuma gemar melihat hasil sedangkan usaha tidak setimpal dengan hasil yang diharapkan.
percayalah, kita tidak mampu memaksa orang untuk percaya nilai2 yang kita pegang jika kita tidak berjaya memahami nilai2 orang lain.
No comments:
Post a Comment