Wednesday, February 2, 2011

Laporan perpindahan pemain untuk pembelian musim sejuk 2010/2011

Football is my passion. pernah ke aku cakap camtu?tak pernah? well tapi tu la hakikatnya. sejak dari kecik, aku dah terbiasa dengan bola sepak. dulu2 teringat tgk bola dekat umah Mak Ngah kuala kangsar. kadang2 sewa video tape semata2 nak tengok game bola..what a great old days..tp aku bukan terer main bola pon. just suka tengok game, bagi komen, kenal pemain2, dsb.

Untuk sesiapa yang tak tahu, musim jual beli pemain di liga eropah ditetapkan dalam bulan 7 sampai bulan 8 dan dalam bulan 1 setiap tahun. perpindahan dalam bulan januari biasa disebut perpindahan musim sejuk.

Untuk tahun 2010/2011, aku nak ulas sikit beberapa perpindahan yang dah berjaya..tak larat la nak komen semuanya kan??

Perpindahan Terbaik (jangkaan aku)(termasuk yang loan)

1. Gianpaolo Pazzini ; dari sampdoria ke inter milan. penjaring gol prolifik, seorang penyerang generasi baru itali, perpindahan ke inter bakal membuka ruang yang luas untuk intra team competition, dengan penyerang inter sedia ada seperti eto'o, diego milito, dan goran pandev, inter bakal diberi nafas baru oleh pazzini..

2. michael bradley ; Borussia Mönchengladbach ke aston villa (loan). midfielder yang bagus, aksi di kempen piala dunia 2010 adalah bukti kematangan dan kebolehan dia ni. walaupun aston villa beli dua pemain, jean makoun dan bradley, tapi pada pendapat aku, bradley akan menjadi pemain utama. makoun maybe lebbih kpd defensive manakala bradley lebih kepada pure centre midfielder, dan dengan pembelian darren bent dalam masa yang sama, dijangka aston villa akan kembali menjadi team yang digeruni.

3. luis suarez ; ajax ke liverpool. aku bukan pilih suarez sebab aku suke liverpool, tapi memang aku target suarez akan jadi bintang bola satu hari nanti. dah lama bagi sesiapa yg memerhati perkembangan bola sepak dunia, mesti tahu tentang suarez, forward yang boleh main sebagai left forward ataupun penyerang sejati. track record dia mengkagumkan, dalam 48 game keseluruhan perlawanan ajax yang dia main dalam tahun 2009/2010, dia menjaringkan 49 gol..dahsyat!!(gaya nazmi raja lawak)..sayangnye impian liverpool fan untuk tengok gandingan suarez dan torres tidak menjadi kenyataan sebab torres pindah ke chelshit..arghhhhhh...


A tribute to best player ever play for Liverpool FC, now managed the club, "we trust King Kenny"

Perpindahan paling mengejutkan.

1. Fernando Torres ; liverpool ke chelsea. dengan tawaran 50 juta dan keinginan torres sendiri nak ke chelsea, akhirnya ikatan selama 3 tahun setengah terlerai. ramai yang idol FT, tapi life must go on, coz no player is bigger than club.
sebab terkejut: tiba2 je nak pindah, padahal sebelum tu ok je..

2. Nagatomo ; cesena ke inter milan..lepas aksi terbaik membantu japun menang piala asia 2011 di qatar, terus bek kira berusia 24 tahun ni, dilamar inter. sebenarnya dia cuma loan ke inter, dgn inter memberi cesena pemainnya di posisi yang sama iaitu davide santon..so, kira swap loan la.
sebab terkejut: menjadi pemain asia yang bermain dgn kelab super elit..inter beb!!juara CL kot tahun lepas.

3. andy carrol ; newcastle ke liverpool. terdesak dengan kehilangan torres dan ada 50 juta dalam tangan, liverpool mencari pengganti yang tidak disangka2, andy carrol, penyerang tinggi lampai (6'3") penyerang yang dah meledak 9 gol setakat ini untuk newcastle menjadi pilihan kevin keegan. tanpa skill yang bagus, kualiti carrol ialah pada teknik yang baik, rembatan kuat untuk kedua2 kaki, dan tandukan mantap..sound familiar??yeah, its drogba clone (white version of coz), hahahhah..
sebab terkejut: jumlah dibayar liverpool iaitu 35 juta adalh terlalu mahal untuk pamain yang belum teruji di peringkat antarabangsa..dalam pemerhatian aku, rate carrol ialah 18 juta..tak boleh lebih. tapi aku jugak faham, newcastle mintak jumlah yang tinggi bukan sebab mereka tamak, tapi sebab masa pembelian panik yang liverpool buat..hasilnya sekarang newcastle takde penyerang utama lagi..tinggal untuk old boy shola ameobi dan budak muda neil ranger.

No comments:

Post a Comment