Sudan dijadualkan hari ini akan mengadakan referendum bg menetukan samada selatan sudan patut berpisah dan membentuk negara sendiri atau kekal bersama kerajaan Sudan yg ada sekarang. Sudan yang sememangnye sudah terlalu lama bergelut dengan pemberontakan yg berterusan di Darfur dan di selatan negara tersebut. Pemberontakan Janjaweed dilaporkan telah membunuh lebih 400, 000 penduduk yang tidak bersalah. alasan utama pemberontakan ini ialah atas alasan kerajaan Sudan sekarang mengabaikan tahap ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sosio-budaya di selatan negara tersebut. keadaan ini jelas jika jika dilihat kepada beberapa statistik yang dijalankan oleh PBB. Sebagai contoh, statistik kematian budak berumur kurang dari setahun di selatan sudan ialah setinggi 120 bg setiap 1000 kelahiran! begitu juga bg akses kepada sekolah dan bekalan air bersih. walau bagaimanapon, tidak adil juga jika kita bertindak untuk menghukum presiden Umar al-Bashir semata-mata kerana keadaan ini berlaku sejak sekian lama dan banyak faktor yang mempengaruhinya. juga perlu diingatkan bahawa Sudan menghadapi sekatan ekonomi dari USA sejak tahun 1993 sehingga kini disebabkan ia telah dilabelkan sebagai negara yg menaja keganasan. Walhal kita semua tahu, negara pengganas utama di dunia ini ialah USA sendiri.
Lionel Messi dinobatkan sekali lagi sbg pemain terbaik Eropah bg tahun 2010 dalam anugerah Balon D'or. Dia menewaskan Xavi Hernandes dan Andres Iniesta untuk menjulang anugerah tersebut dua tahun berturut-turut. secara peribadi, aku memilih Iniesta, tapi juri berhak memilih yg terbaik pada pandangan mereka. Tahun ni, semua calon tiga terakhir berasal dari akademi Barcelona dan masih bermain untuk Barcelona. nasib baik anugerah jurulatih terbaik dibolot "the special one" Jose Mourinho, atas kejayaan membawa kejuaraan treble untuk Inter Milan sebelum berpindah ke Real Madrid.
Sejak seminggu yang lalu aku terjerumus secara tidak langsung dengan polemik Syiah-Sunni. Semua berpunca dari serbuan Jakim ke atas satu premis Syiah melayu di Selangor. Beberapa blogger terutama Faisal Tehrani giat mengutuk kejadian tersebut. tidak kurang juga yg menyokong langkah tersebut. aku??secara jujur aku tidak banyak ilmu tentang isu ni. so, aku mula mengkaji (sebenarnye rujuk melalui wikipedia je) sendiri isu ni. Supaya nanti aku tak buat keputusan dgn mengikut orang saja. aku mulakan pengkajian ni, dengan melihat bibit pertama perpecahan mazhab ini. dan ini membawa aku kepada sirah nabi, sekitar selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. ia berlanjutan kepada peristiwa "Fitnah Pertama", Pembunuhan Saidina Uthman bin Affan, Perang Jamal, Perang Siffin, Peristiwa Tahkim, Kemunculan Puak Khawarij, Perang Nahrawan, Pembunuhan Saidina Ali, Penubuhan dinasti Umayyah dan berakhir dengan Perang Karbala. semua ini sedang aku baca dan cuba fahami masalah sebenarnya yang berlaku. Aku berdoa supaya aku tidak berlaku zalim dengan mana2 sahabat nabi samada yang memerintah mahupun yang memberontak. Semoga Allah mengampunkan mereka semua.

No comments:
Post a Comment