Monday, January 24, 2011

Bersyukurlah : Kerjaya, (ep. 1)

Salam,

Ramai antara kita ada cita2. masa di sekolah rendah pon, mmg cikgu selalu tekankan tentang cita2 ni. dgn harapan, budak2 ni akan ada fokus dgn hidup dia. kalau dulu, antara cita2 yang aku ckp bila ditanya cikgu, ialah "angkasawan, mcm yuri gagarin", atau "askar", tak pon, "pegawai kastam, mcm mak aku"..hehe, actually kan, aku sendiri pon dah lupe cita2 masa kecik, cume yang aku ingat mmg tak pernah la terfikir nak jadi engineer ni. tak tau pon, ape kerja sebenar engineer ni..cume lepas masuk sekolah menengah baru ada fokus sikit kat bidang fizik dan math ni..(rahsia: aku suke sastera tp aku jugak agak ok dgn sains dan math)

Sunday, January 23, 2011

pantun edisi khas.

garang-garang singa di gurun,
sayang-sayang kasih kupohon.

megah sungguh burung enggang,
sayapnya kental delapan hasta,
rindu hati tidak kepalang,
menanti kasih jauh di mata.

gunung daik bercabang tiga,
pulau pandan jauh di bayang,
jika kita merasa curiga,
bukankah tanda berkasih-sayang?

langit cerah dipuput awan,
burung pipit leka berkicauan,
biarpun datang berjuta pilihan,
dikau yg satu tiada tandingan

berlari anak berpimpin tangan,
singgah di parit mencari haruan,
andai dikau bahtera juragan,
daku kemudi pimpin haluan.

panglima jebat berteman tombak,
tombak ditempa dari sulu,
biar kasih berolak ombak,
setia aku mendamping selalu.



p/s: khas utk seseorang yg istimewa. pantun ini direka sendiri, sgt tidak berseni (hanya pembayang dan cerita shj sama pd hujungnya)..maafkanlah budak kejuruteraan yg bodoh sastera ini..

Tuesday, January 18, 2011

Jangan Todoh2...

Salam..Tajuk kt atas tu sebenarnye dari cite Ali Setan..aku ngan rizal suka ajuk dia ckp cmtu (tak ingat sape yg ckp, rasanya shah reza). Tp tajuk tu ada jugak kene mengena dgn cite aku kali ni.

Dulu masa aku keje kt company Oil and Gas, Shell sbg budak pam @ tukang sapu @ jaga kaunter dsb, aku ada 1 pengalaman yang agak menyentap jiwa..pengalaman yg lain, banyak gelak2 dan sembang2 tanpa faedah dgn budak Myanmar (Tinku @TK, Mon Lay (pak lawak) dll) dan pengalaman kutip tips, dan belajar asas bisnes dgn Bos Johan dan Kak Rina (bos terbaik, aku terhutang budi dgn diaorg). Tu nanti aku cite sebab aku keje situ, dan perkara berkaitan lain kali ye. Oh ya, aku keje dari bulan 6 2007 sampai bulan 8 2007..sejak tu lame betul aku x pergi tgk diaorg..sob sob sob....

Sunday, January 16, 2011

Skeptik?

Skeptik adalah barah. Seseorang yang dijangkiti barah skeptik melihat dunia dengan pandangan yang gelap, seolah-olah dunia sedang menuju kehancuran. segala-galanya adalah negatif.

Perhatikan peringatan dari Allah spt dlm surah al-hujurat ayat 6, maksudnya " “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

Tuesday, January 11, 2011

Sudan, Messi dan Syiah.

Sudan dijadualkan hari ini akan mengadakan referendum bg menetukan samada selatan sudan patut berpisah dan membentuk negara sendiri atau kekal bersama kerajaan Sudan yg ada sekarang. Sudan yang sememangnye sudah terlalu lama bergelut dengan pemberontakan yg berterusan di Darfur dan di selatan negara tersebut. Pemberontakan Janjaweed dilaporkan telah membunuh lebih 400, 000 penduduk yang tidak bersalah. alasan utama pemberontakan ini ialah atas alasan kerajaan Sudan sekarang mengabaikan tahap ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sosio-budaya di selatan negara tersebut. keadaan ini jelas jika jika dilihat kepada beberapa statistik yang dijalankan oleh PBB. Sebagai contoh, statistik kematian budak berumur kurang dari setahun di selatan sudan ialah setinggi 120 bg setiap 1000 kelahiran! begitu juga bg akses kepada sekolah dan bekalan air bersih. walau bagaimanapon, tidak adil juga jika kita bertindak untuk menghukum presiden Umar al-Bashir semata-mata kerana keadaan ini berlaku sejak sekian lama dan banyak faktor yang mempengaruhinya. juga perlu diingatkan bahawa Sudan menghadapi sekatan ekonomi dari USA sejak tahun 1993 sehingga kini disebabkan ia telah dilabelkan sebagai negara yg menaja keganasan. Walhal kita semua tahu, negara pengganas utama di dunia ini ialah USA sendiri.