Sambungan dari list sebelum ni, baca 10-pemandu-yg-menjengkelkan-ep-1
5.Pencilok
Bagaimana nak takrifkan seorang pencilok??senang je, seorang yg gila. kiri kanan die hentam nak potong..bangsat punye driver..ingt jalan ni bapak ko yg punye?
4.Bawak perlahan di lorong kanan
Aku merayu kpd semua pemandu, jika anda drive kurang dari 110km/jam, maka sgt eloklah anda ke kiri, melainkan jika anda sedang memotong kereta lain.jika tak, anda mmg menjengkelkan..
3.Pemandu yang bodoh parking
Bayangkan situasi ni. korg kene bayar saman kat majlis daerah, setelah pinjam duit awek korang dan menipu bos korang dgn alasan nenek sakit utk dapat cuti setengah hari, maka korang pon bawak kete korang ke majlis daerah. kene bayar arini jugak, sbb klu esok dah kene denda. sampai je dkt destinasi, ngam2 dari jauh korang nampak ade 1 je parking lot kosong..tp bile korang dah sampai dekat baru korang perasan yg Kancil sebelah dah parking kete masuk lot parking korang. bayangkan masa tu jam dah 4.25 ptg. kaunter gomen tutup 4.30 ptg..dgn kelam kabut, korang pon terpaksa cari parking luar bangunan sambil mulut berselang memaki driver Kancil dan berzikir semoga kaunter ditutup lewat 5 minit.. dapat je parking, korang terus berlari masuk dlm bangunan tu, jam dah pukul 4.33 ptg..dgn termengah2, korang berlari ke kaunter, hanya untuk disambut oleh makcik kaunter, "maaf, kaunter ditutup"..sah la, korg kene denda rm100 sbb bayar lewat.. xde rase nak pancitkan tayar kancil tadi??atau kete makcik kaunter yg tidak bertimbang rasa.??ahhaha..wpun begitu, aku nak pesan jugak, please la parking dgn elok..
2.High beam tester
Mcm "Honk Tester", "High Beam Tester" mempunyai kekaguman yg tgi terhadap High beam lamp dorg..terlalu obses sehingga tangan mereka amat gatal jika tak gunakan lampu ni..kawan, High Beam digunakan jika/hanya jika anda memerlukan cahaya tambahan eg di kawasan yg gelap yg tiada kereta lain, BUKAN utk menyuruh kereta di depan anda ke tepi..sekali lagi aku nak ckp "ingat jalan ni, bapak ko yg punye?"..aku menggalakkan jika ade org yg bg korang high beam semata2 nak suruh korang ke tepi (tp pastikan anda bawak lebih dari 110km/jam) maka buat bodoh je..jgn pandang cermin, biar lantak die bg lampu tgi...sial punye mamat berlagak..
1.Potong dan Brek
Sepanjang aku memandu, aku ingatkan aku plg benci org yg bg lampu high beam, tapi bila ada org buat perkara perkara yg bakal aku ckp ni, mmg ia sangat amat teramat menjengkelkan sehingga aku rasa nak lepak sejam kat RnR sampai kerete tu blah jauh2..aku maksudkan driver yg akan potong ko, tp die akan brek lepas tu..die brek dpn ko, bukan brek sampai berhenti, tp nak perlahankan..mungkin sekali xpe, tp bila dah byk kali, die potong ko pastu slow, so korang potong die balik, tgk2 die potong balik pastu slow balik, perkara ni terjadi byk kali sampai ko pon xingat bape kali ko dah potong die...maka layaklah aku memaki hamun die ni..pengalaman ni benar terjadi..(pastikan anda berada di pihak yg benar, iaitu speed kete anda constant baru la anda layak memaki)..
itu je la list pertama aku, pendapat dialu2kan..bye.
No comments:
Post a Comment