Saturday, December 25, 2010

bismillahirrahmanirrahim...
Lebih setahun aku tidak update blog ni. bermacam peristiwa terjadi sepanjang peninggalan aku dgn blog ni. tp tentulah peristiwa yg plg meninggalkan kesan yg cukup mendalam adalah pemergian abah yg tersayang, Hj Kamaruddin bin Mohamed Noor menghadap penciptaNya pg hening Khamis tanggal 12 Nov 2009 yg lalu sekitar jam 3.30 pg. abah meninggal dunia akibat "acute pulmonary eadema leading to acute coronary syndrome" menurut sijil kematiannya. kematiannya mengejut. kira2 10 hari sebelum itu, abah sihat menghantar aku pulang ke lumut. die kelihatan ok. tiada tanda2 yg dia dlm kesakitan. ituah bila diingat semula, aku bersyukur abah meninggal sgt senang. mmg kami semua, ahli keluarga tahu yg abah tak suka dgn ubat dan hospital.

aku berhajat untuk menulis tentang abah dengan lebih detail di masa hadapan. coretan anak tentang seorang insan yang mencorak hidupnya. peranan abah dalam hidup aku lebih dari seorang abah. dia guru, motivator, kawan, dan banyak lagi. segala yg aku ingat tentang abah akan aku tuliskan nanti. harap aku punyai kekuatan untuk tujuan itu. semoga segala memori aku bersama abah boleh diabadikan untuk ingatan di masa hadapan.

akibat kehilangan abah, aku putuskan untuk berpindah kerja. aku cari kerja di Ipoh, sebab nak duduk dekat dgn mak. biar ade orang teman dia. lalu, 4 Januari 2010, aku secara rasmi memulakan kerjaya baru sebagai jurutera projek di MSHK Engineering Sdn Bhd, syarikat ni kontraktor untuk kilang kelapa sawit. so, basically, satu benda baru bagi aku, yg bekerja lebih setahun di kilang tepung sebelum ini.

juga dalam tahun ni, adik aku, khalil berjaya tamatkan degree dia dlm kejuruteraan mekanikal automotif, dan sekarang bekerja di Proton kat Tanjung Malim. dengan angah juga dah bekerja di Sime Darby damansara, boleh la kami bantu sikit menyara mak dan adik-adik yang lain. baru-baru ni juga, adik bongsu aku, Muslihah dapat keputusan cemerlang dalam PMR. die score 9A!!tahniah dik ya...jadi best student masa SPM nanti ye..

beberapa perkahwinan kawan karib juga berlaku tahun ni. kawan UM, peje melangsungkan perkahwinan dengan cinta hati dia, ainul. robert, fisol, zafran dan emi pon kawin jugak (emi dah ade anak). kawan di SIS pon sama, bayu, azizi, fekbu, radzi, dan ramai lagi kawan-kawan yg aku pon dah lupa..semoga berbahagia semua.

Aku pon tahun ni, dah ade calon...haha..9 julai 2010, aku declare dengan seseorang. mungkin bila masanya sesuai, akan aku dedahkan siape yang malang tu...huhuuhu..

semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita selalu, wassalam.

p/s: mengalir airmata bila menulis tentang abah, sungguh sampai sekarang pon aku masih cuba belajar untuk menguatkan keteguhan diri sendiri. aku masih tidak sanggup mengingati abah sebab bila terkenang pasti aku menangis, tp tidak mungkin aku sanggup melupakannya...semoga diberi kekuatan dalam diriku. dan semoga abah dalam lindungan Allah, Al-fatihah.